Bila tiba harinya, laungan merdeka terdengar di seluruh tempat, taman perumahan, dataran, dan dimana saja. Merdeka! Seiringan dengan itu percikan bunga api menghiasi angkasa. Alangkah bangganya sebab kita masih sempat menyambut kemerdekaan dengan aman daman dan santai.
Tetapi merdeka kah hati kita? Merdekakah jiwa kita? Hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya.

Malaysiaku Merdeka Sudah 68 Tahun
Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 68 tahun di tahun 2025. Usiamu semakin matang dan dewasa, Malaysiaku.
Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2025
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68! 🇲🇾
Hari kebangsaan bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi detik untuk kita mengenang pengorbanan pejuang terdahulu dan menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Tahun ini kita menyambut kemerdekaan dengan tema “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, sebuah gagasan yang mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas dari penjajahan, tetapi juga tanggungjawab untuk terus menjaga perpaduan, kebajikan dan kesejahteraan bersama.
Tema ini melambangkan harapan dan tekad kita untuk membina sebuah negara yang lebih adil, sejahtera dan berperikemanusiaan – di mana setiap rakyat dirai dan disantuni tanpa mengira latar belakang.
Semoga semangat kemerdekaan ke-68 ini menjadi dorongan untuk kita terus bersatu hati, memperkukuh perpaduan dan berganding bahu demi Malaysia yang lebih gemilang.
Logo Hari Kebangsaan 2025

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysiaku yang ke 68 tahun.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.