Berpagi-pagianlah kalian demi mendapatkan rezeki halal dari Allah SWT. Kerana awal pagi adalah waktu yang barakah. Waktu di mana Allah membahagikan rezeki kepada mereka yang keluar awal pagi demi kelangsungan hidup. Dan bila kalian keluar awal pagi, kemana pun arah tujuan demi sesuatu yang baik dan di jalan Allah, maka apa yang kalian kerjakan itu adalah umpama sedekah kepada diri sendiri. Pernah tak kalian dengar, "siapa cepat, dia dapat." Itulah konsep pembahagian rezeki dari Allah kepada hambaNya yang rajin. Jadikan burung, binatang di darat dan lautan sebagai motivasi, mereka begitu displin keluar seawal pagi demi mencari seauap makanan.

Dari segi ilmu kesihatan, keluar awal pagi memberi impak luar biasa kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia membantu mengaktifkan metabolisme, merangsang pengeluaran hormon gembira (dopamin), menyelaraskan semula jam biologi (ritma sirkadian), serta mendedahkan tubuh kepada cahaya matahari untuk bekalan vitamin D semula jadi
Daripada Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi SAW, baginda mengucapkan: "ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka),
عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلًا تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ
قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ صَخْرُ بْنُ وَدَاعَةَ
... Dan baginda apabila mengirim expedisi atau pasukan baginda mengirim mereka di awal siang (awal pagi). Dan Shakhr adalah seorang pedagang dan ia mengirim perdagangannya di awal siang, maka hartanya bertambah banyak. Abu Daud berkata; ia adalah Shakhr bin Wada'ah. (Sunan Abu Daud No: 2239) Status: Hadis Sahih
1. Awal pagi adalah waktu yang banyak keberkatan dari Allah.
3. Perkataan bukur (بُكُور ) bermaksud awal pagi sehingga terbitnya matahari. Syeikh Abu Usamah Salim dalam syarah Riyad as-Salihin menyatakan: waktu yang terbaik dan berkat. Menghidupkan waktu pagi merupakan sunah Nabi SAW dan amalan orang yang berjaya.
4. Hadis ini menunjukkan bahawa waktu awal pagi adalah waktu penting untuk melaksanakan kerja-kerja penting dan utama. Elakkan waktu awal pagi dengan kerja yang kurang manfaatnya seperti tidur selepas subuh.
5. Shakhr al-Ghamidi menjadi kaya raya dan banyak harta antaranya kerana ia mengikut sunah Nabi SAW dengan memulakan perniagaan di awal pagi.

Rebut dan manfaatkan waktu penuh keberkatan di awal pagi dengan melakukan kerja bermanfaat seperti waktu untuk belajar, waktu untuk bekerja dan memulakan perniagaan.
Awal Pagi Waktu Yang Barakah

Apakah hikmah & pengajarannya hadis di atas?
1. Awal pagi adalah waktu yang banyak keberkatan dari Allah.
2. Rasulullah mendoakan umatnya keberkatan pada setiap waktu pagi.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
(Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka)
3. Perkataan bukur (بُكُور ) bermaksud awal pagi sehingga terbitnya matahari. Syeikh Abu Usamah Salim dalam syarah Riyad as-Salihin menyatakan: waktu yang terbaik dan berkat. Menghidupkan waktu pagi merupakan sunah Nabi SAW dan amalan orang yang berjaya.
4. Hadis ini menunjukkan bahawa waktu awal pagi adalah waktu penting untuk melaksanakan kerja-kerja penting dan utama. Elakkan waktu awal pagi dengan kerja yang kurang manfaatnya seperti tidur selepas subuh.
5. Shakhr al-Ghamidi menjadi kaya raya dan banyak harta antaranya kerana ia mengikut sunah Nabi SAW dengan memulakan perniagaan di awal pagi.

6. Waktu sebelum terbitnya matahari umpama waktu rezeki diluluskan manakala apabila terbitnya matahari, waktu rezeki diagih-agihkan.
Rebut dan manfaatkan waktu penuh keberkatan di awal pagi dengan melakukan kerja bermanfaat seperti waktu untuk belajar, waktu untuk bekerja dan memulakan perniagaan.
Lihatlah sahaja di sekeliling kita, bagaimana kehidupan mereka yang berpagi-pagian berbanding mereka yang bermalasan di rumah. Masuk kerja pun lambat, bagaimana kita nak jadi kaum yang disegani di atas muka bumi ini?
Renungkanlah!!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

1 Comments
Slps solat subuh terus sarapan. Kemudian sambung dgn kerja2 rumah yg perlu dibereskan. Itulah rutin sy pd hujung minggu. No time to sleep after subuh prayer....
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.