
Carilah Hidup Yang Dipenuhi Keredhaan Allah
“Carilah hidup yang dipenuhi keredaan dan keberkatan Allah. Jadikan setiap nafas yang dihembus sebagai jalan untuk berbakti dan memberi manfaat kepada ummah. Kerana manusia yang paling mulia bukan yang paling banyak memiliki, tetapi yang paling banyak membawa kebaikan kepada insan lain.”
Nak Allah redha, dapatkan redha suami iaitu bagi wanita yang telah berkahwin. Nak Allah redha, mintalah redha ibu iaitu wanita keramat yang Allah angkat darjatnya.
Niatkan sesuatu perbuatan baik setiap hari sebagai jihad kita di jalanNya. Nak pergi bekerja niatkan berjihad, nak bagi kepada anak-anak duit niatkan sedekah, buatkan sarapan untuk suami niatkan ehsan dan sedekah kita untuk dia dan banyak lagi. Gembirakan kawan-kawan pun satu sedekah. Semoga Allah redha dengan setiap niat baik dan ehsan kita terhadap orang sekeliling.
Salam Motivasi, Dari Aynora.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

semoga kehidupan kita mendapat redha Allah.
ReplyDeleteKalau tak tahu buat keputusan dalam hidup, kena fikir pilihan yang mana satu Allah redha, dan itu yang kita harus pilih.
ReplyDeletePeringatan yang sangat berguna, terutama bab mencari redha suami dan ibu untuk mendapat redha Allah. Point yang sangat penting untuk kita semua sebagai wanita. Terima kasih berkongsi ilmu yang bermanfaat ini
ReplyDelete