Resepi Sup Ayam Rasa Pedas Ala Khairul Aming

Aynora
By -
4
Resepi Sup Ayam Rasa Pedas Ala Khairul Aming. Sup ayam pedas biasanya sup Thai, yang kita order kat restoran Thai waktu hujung minggu bila malas nak masak kat rumah, kan? Order sup ekor pun pedas, sup ayam pun pedas, semua benda banyak yang pedas 🤣🤣😅, jadi kalau nak masak sup kat rumah, anak dan En suami kata masaklah sup ala Thai. Tapi sekarang ni yang viral adalah sup pedas ala Khairul Aming kita..

Resepi Sup Ayam Rasa Pedas Ala Khairul Aming

Saya dah buat, korang bila lagi?? Saya buat sup ayam guna resepi Khairul Aming tapi ada yang mengelat sikit. Saya tumbuk halia dengan bawang putih supaya nak bagi naik rasa dia dalam sup. 😃👌Lagi satu, saya suka letak daun sup dan bawang goreng banyak sikit.. wangi je bau dia.

Resepi Sup Ayam Rasa Pedas Ala Khairul Aming


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong kecil
Rempah 3 sekawan - kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga 
5 sudu makan rempah sup - bancuh dengan air
2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
1 tangkai daun sup - hiris
5 tangkai cili padi - ketuk
1 bungkus sup bunjut
2 biji kentang - belah 4
Bawang goreng secukupnya
Garam dan serbuk perisa

**Kalau KA dia tidak tumbuk bawang putih dan halia. Tapi saya tumbuk sebab nak naikkan rasa dalam sup.

Cara penyediaan sup ayam pedas ala Khairul Aming


1. Tumis rempah 3 sekawan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan goreng hingga kekuningan.

2. Masukkan pula bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, kemudian masukkan juga rempah sup. Kacau hingga rata. Masukkan sedikit air, jika tumisan terlalu kering. 

3. Masukkan ayam, kentang, cili padi dan sup bunjut. Tambahkan air separas ayam atau lebihkan jika suka kuah sedikit cair.

Resepi Sup Ayam Rasa Pedas Ala Khairul Aming

4. Tutup sup hingga mendidih. Kemudian, perisakan dengan garam, serbuk perisa, bawang goreng, daun sup. Tutup seketika dalam keadaan api yang kecil.

5. Sup ayam pedas sedia dihidangkan. Boleh digandingkan dengan sambal kicap.

Selamat mencuba. 

Kadang-kadang sup yang dibuat secara campak-campak je macam mak kita buat dulu lebih sedap dan segar. Itu semua penangan air tangan yang setiap orang tidak akan sama auranya.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

4 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Belum try lagi ni... Tapi biasa juga buat sup ala Siam letak cili. Nanti kita try yg ni

    ReplyDelete
  2. SA antara yang suka dengan masakan bersup ni..Sama la kita..SA pun kalau buat sup memang suka tumbuk bawang putih dengan halia tu, baru rasa dia betul-betul meresap dan 'kick'. Lagi satu, tabur bawang goreng banyak-banyak memang penambah selera. Terima kasih kongsi resepi viral KA versi Aynora ni, nanti nak cubalah juga la...

    ReplyDelete
  3. Sedap sup pedas. Saya suka ada rasa masam² sikit. Selera hirup kuah sup panas². 😋

    ReplyDelete
  4. Suka sup ayam pedas2 dan masam.
    Sedapnya hirup.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!