Sarapan Karipap Pusar Frozen. Saya tak berapa suka karipap pusar tetapi anak-anak bujang suka pulak. Ini kerja dia orang beli karipap pusar frozen tetapi yang tukang goreng ibunya ni lah .. bertuah anak-anak soleh ni. Pagi ni sempat goreng untuk dia orang sebelum keluar bekerja. Inti karipap pusar ni adalah inti keledek. Jarang dah rasanya orang jual karipap frozen inti kentang disebabkan harganya kut.. kentang kan mahal.
Sarapan Karipap Pusar Frozen
Karipap pusar frozen yang leceh ialah kulit luar karipap terlalu rapuh bila di makan. Nak makan elok-elok jadi comot dan bersepah 😅😅. Semasa di goreng pun kulitnya macam berderai dalam kuali. Tapi syukurilah rezeki hari ini, usah merungut - kata anak saya.
Dah siap goreng, anak bujang bongsu tanya - kenapa karipap macam hangus? Saya jawab - makan je, lagi hangus lagi sedap! Haha.. dengan muka toya dia makan jugak. Si abang dah ketawa terbahak-bahak. Memang saya terlebih lama goreng, tu yang warna dia jadi gelap. Tapi sedap jugak.. hehe
Saya pesan pada anak-anak, makan je apa yang ibu sediakan walaupun karipap pusar inti keledek tu hampir hangus di goreng, kerana ada
keberkatan dari air tangan ibu taw .. masing-masing muka redha je.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Hitam la sedap, garing. Hehe.. sedap, karipap pusing ni. Anak-anak saya pun suka makan. Tapi mak budak malas nak membuat. 😁
ReplyDeleteInti keledek pun sedap. Masa kecil dulu selalu makan karipap inti keledek, pernah juga inti ubi kayu. Kalau dapat inti kentang sedap sangat.
ReplyDelete