Lifestyle Resepi Info Terbaik

Karipap Kentang Sedap Dan Rangup Ikut Resepi Che Nom

Karipap Kentang Sedap Dan Rangup Ikut Resepi Che Nom. Che Nom punya resepi memang selalu dicari sebab insya Allah semuanya jadi sedap bila dah siap masak. Walau sekadar ikut resepinya, tapi kita boleh jadikan masakan kita sama seperti resepi yang dia bagi. Haaa gitu.. terbalik-balik I explain tau.. 😍🤣

So, kali ni kita nak buat resepi karipap kentang ikut style Che Nom. Kulit rangup inti sedap. Baru lah wow!!

Karipap Kentang Sedap Dan Rangup Ikut Resepi Che Nom

Cara nak buat saiz besar atau kecil, terpulang kat korang okay. Nak tekap guna acuan pun boleh, nak klim dengan jari montel uols pun boleh. No hal.. hehe

Resepi Karipap Kentang Ikut Resepi Che Nom


Bahan-bahan:

Bahan untuk inti:

1 biji bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
6 biji kentang (potong dadu)
Isi ayam - ikut suka, nak banyak atau sikit
3 sudu makan serbuk kari daging
1 kiub ayam
Air
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kulit karipap:

2 @ 3cwn tepung gandum
1 senduk kecil marjerin (penuh)+2 sudu makan minyak masak di cairkan
air (agak-agak)

Cara Penyediaan:


Cara untuk Inti:

1. Rebus kentang hingga 3/4 masak. toskan.
2. Tumis bahan cincang sampai wangi,.. masuk isi ayam dan kacau
3. Masuk kentang ,serbuk kari daging, dan air, kacau hingga sebati, biar sampai pecah minyak
bila agak kering, tambah air lagi & kiub ayam.. kacau smpi kiub hancur
4. Masuk gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biar agak kering..tutup api dan siap.

*Tip: nak tambah daun sup (hiris halus) @ ganti ayam dengan sardin pun boleh

Cara cara penuh:

1. Masuk tepung gandum dlm bekas, buat lubang di tengah-tengah
2. Tuang sedikit marjerin yang di cairkan (panas-panas untuk medapatkan kulit yang rapuh)..
3. Gaul sebati. Boleh tambah air kalau rasa kurang, uli sampai jadi doh (Uli sampai tak melekat di tangan.).
4. Doh buat bulat kecil-kecil, gelek dengan penggelek nipis-nipis menggunakan doh roller
5. Letekkan sedikit inti di tengah
6. Gunting utk bagi sama, untuk karipap nampak elok.  Kemudian klim
7. Goreng hingga garing. dan sedia di hidangkan

Karipap Kentang Sedap Dan Rangup Ikut Resepi Che Nom

Karipap Kentang Sedap Dan Rangup Ikut Resepi Che Nom

Dah siap bolehlah di makan masuk mulut. Cer rasa.. rangup tak? Mestilah rangup sebab ada majerin tadi tu.. buat resepi Che Nom jarang tak jadi la.. 

Semoga korang tetap tabah bagi yang newbies.. memang kena cuba banyak kali. Air tangan setiap orang kan berbeza.. 

Karipap Kentang Sedap Dan Rangup Ikut Resepi Che Nom

Sedap sangat, cuba goreng lapan ketul dulu.. hmm tak cukup. Kita goreng lagi. Kalau tak habis goreng boleh simpan dalam peti sejuk. Esok lusa boleh goreng lagi ssmpai lah habis. Haha..

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close