Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

i-Saraan: Caruman Sukarela Bagi Golongan Bekerja Sendiri

i-Saraan: Caruman Sukarela Bagi Golongan Bekerja Sendiri atau Tiada Pendapatan Tetap. Satu info kemaskini terbaru dari pihak KWSP. Jika anda seorang yang tiada pendapatan tetap, tetapi mahu mencarum dalam KWSP demi simpanan hari tua, bolehlah kunjungi pejabat KWSP berhampiran. Buat masa kini, disebabkan pandemik Covid-19, semua urusan adalah melalui temujanji terlebih dahulu.

Di masa akan datang, jika keadaan sosial negara sudah kembali seperti sediakala, boleh terus hadir di pejabat KWSP. 

i-Saraan: Caruman Sukarela Bagi Golongan Bekerja Sendiri


i-Saraan: Caruman Sukarela Bagi Golongan Bekerja Sendiri atau Tiada Pendapatan Tetap 


KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak ada pendapatan tetap menabung untuk persaraan mereka. 

Pencarum i-Saraan layak menerima insentif daripada pihak kerajaan sebanyak 15% daripada jumlah caruman tahunan sehingga jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun.

Temui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP untuk Khidmat Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan) secara PERCUMA di 52 cawangan KWSP seluruh negara. 

Tetapkan tarikh, masa dan lokasi pilihan anda melalui Janji Temu Online hari ini !

Rancang janji temu anda dengan mudah dalam talian. 

Melalui Janji Temu Online, anda boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan.

Antara kelebihan membuat simpanan melalui i-Saraan ini adalah seperti berikut:

  1. Tiada had minima caruman bulanan (mengikut kemampuan sendiri), boleh mencarum pada bila – bila masa sahaja (sehingga maksima RM 60,000 setahun) dan berhak mendapat dividen tahunan mengikut jumlah terkumpul simpanan
  2. Pengecualian cukai sehingga RM 4000 
  3. Merupakan kemudahan persaraan bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap serta bekerja sendiri
  4. Khairat kematian sebanyak RM 2500 layak diterima oleh ahli keluarga pencarum sekiranya meninggal dunia (tertakluk kepada terma dan syarat)
  5. Mendapat insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum iaitu RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun (dari tahun 2018 hingga 2022 sahaja)

Syarat Kelayakan


  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Merupakan ahli KWSP yang berdaftar
  3. Berumur bawah 55 tahun
  4. Telah membuat pilihan i-Saraan

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi pihak KWSP seperti pada pautan berikut;


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments