30 Menu Masakan Menu Lauk Pauk Kampung Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2021. Salam ramadhan di tahun 2021 yang serba norma baharu to dear readers and to all my muslim friends..., nak kongsi dengan anda semua aneka resepi juadah berbuka puasa dan bersahur yang korang akan rasa teruja. Koleksi resepi ini adalah daripada blog saya sendiri dan juga dari blog
#kisahresepi.com.
Sudah tentu resepi yang dicadangkan adalah antara resepi paling popular dalam blog, yang kekadang kita sendiri pun biasa buat pada waktu lain. Maksudnya, resepi yang biasa kita masak itulah yang jadi juadah kegemaran sekeluarga dalam bulan puasa.
30 Resepi Masakan Lauk Pauk Kampung Untuk Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2021, jom kita masak!!
Anda boleh saja salin dan kongsikan pada rakan rakan lain yang sedang mencari sesuatu resepi dari blog ini.
Marilah cuba salah satu resepi yang saya senaraikan dalam 30 koleksi resepi sedap di bulan ramadhan. Boleh buat masak lauk untuk berbuka dan juga masa sahur.
30 Resepi Lauk Pauk Kampung Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2021
Jom kita tengok resepi yang jadi top 30 dalam blog ini yang boleh dijadikan menu untuk berbuka dan bersahur terbaik...
Semua resepi ada pada
LINK di bawah gambar resepi yang disertakan.
1. Ayam Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
2 kotak santan segera (asingkan ikut 1/4 pekat, yang lebih buat cair sedikit)
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar halus:
30 biji cili padi kampung/ kalau tak da, guna 20 biji cili padi vietnam (warna merah) campurkan dengan 5 batang cili hidup.
1 inci kunyit hidup @ 2 sudu kecil serbuk kunyit
2 inci halia
6 biji bawang merah kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segengam ikan bilis halus
Cara Menyediakan Ayam Masak Lemak Cili Padi Yang Lazat
1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), masak hingga kentang empuk.
Nota:
Jika nak tumis dulu bahan kisar dengan serai pun boleh. Ikut pilihan masing-masing.
2. Kemudian, tuang santan cair. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
2. Tuang pati santan (santan pekat), kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa...dan jika ok boleh matikan api.
Baca juga :
6 Menu Popular Dan Mesti Ada Di Hari Raya Aifilfitri
2. Asam Pedas Ikan Merah Style Johor
Asam pedas ni antara menu faveret kami dalam bulan ramadhan. Dapat hirup kuahnya memang ngam sangat. Kalau nak asam pedas kuahnya cair, kena buat style Johor la.. hehe
3. Daging Masak Kari
Daging masak kari antara faveret menu dalam bulan ramadhan, jika tak dapat daging fresh, saya akan masak ikan masak kari. Pun sedap, jadi menu pembuka selera. Diharap perkongsian segala 30 menu bulan ramadhan ini dapat menambah idea ibu-ibu nak memasak..
4. Mee Goreng Ringkas Sedap
5. Sotong Goreng Tepung
6. Siakap Stim Lemon Sedap
7. Nasi Ayam Madu
8. Rendang Pedas Udang Galah
9. Ayam Masak Merah Sedap
10. Sambal Sotong Ala Thai
11. Daging Goreng Lada Hitam
12. Ayam Goreng Kunyit Rangup
13. Sup Telur Dengan Kentang
Seterusnya, sup telur kentang. Sapa je yang tak pernah buat menu ni time sahur atau berbuka, kan? Kalau rasa dah bosan tak tahu nak masak apa.. ha, inilah nenunya yang amat sesuai. Ringkas tapi sedap! Yummy!!
14. Sardin Masak Kari Ringkas
15. Kueh Teow Kerang
16. Gulai Kuning Ikan Tenggiri
17. Ketam Masak Tomato
18. Kari Ayam Ringkas
19. Telur Rebus Masak Merah
20. Sambal Sotong Ringkas
21. Bihun Goreng Sotong Sedap
22. Ayam Masak Tomato
23. Sambal Tumis Kerang Dengan Petai
24. Daging Masak Asam Pedas
25. Siakap Asam Pedas Ala Belimbing Buluh
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang putih - dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
10 biji lada kering - dikisar
3 cm belacan - dikisar
2 inci halia - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
10 helai daun kesum (nak lebih pun boleh)
1 biji terung bulat - dibelah dua
1 biji tomato - dibelah dua
7 biji belimbing buluh
1 kuntum bunga kantan
3 keping asam keping @ 3 sudu kecil asam jawa yg dibancuh dengan air
3 biji bendi
2 gelas air
Garam dan perasa secukupnya
Cara Penyediaan:
1. Tumiskan bahan yang dikisar sampai naik bau.
2. Masukkan 2 gelas air dan masukkan asam keping, terung, tomato dan bendi.
 |
Resepi Siakap Asam Pedas Ala Belimbing Buluh Yang Awesome! |
3. Apabila mendidih masukkan ikan siakap dan garam serta perasa secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, biarkan seketika.
5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Nota:
1. Jika tidak suka belacan, tidak perlu dicampurkan.
2. Tambahkan air jika suka ikan siakap asam pedas ala belimbing buluh yang cair.
3. Untuk hasil
resepi ikan siakap asam pedas ala belimbing buluh yang lazat, masak ikan sebentar saja. Ia akan mengawal rasa ikan yang asli. Bila terlebih masak, isi ikan jadi keras.
26. Rendang Tok
27. Paprik Sotong Sedap
28. Udang Galah Lemak Jintan Manis
29. Telur Masak Sambal
30. Ayam Ungkep Asli
Jom kongsikan
Aneka Koleksi Resepi 30 Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2021 kepada rakan dan saudara mara untuk variasi menu berbuka puasa dan bersahur selama berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Diharap koleksi 30 resepi ini akan memudahkan urusan anda memasak untuk keluarga tercinta.
Selamat mencuba.
4 Ulasan
nampak menarik semua resepi ni kak aynora...
BalasPadamTq Lokman, sudah semestinya..
PadamAyoyo.. antara makanan feveret nih.. bukan takat #Ramadhan tapi hari2 pown boleh ;)
BalasPadamTak sabar nak berbuka ni.
BalasPadamBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.