Header Ads

18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. 18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap
Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap. Maaf ya, kali ni saya tak share resepi tetapi saya ada kongsi gambar menu dan lauk pauk kampung sebagai panduan nak berbuka atau bersahur bagi yang memerlukan, terutama suri rumahtangga yang dah kering idea nak masak apa untuk keluarga tercinta nanti.


Jika ada menu masakan yang anda suka dan mahukan resepinya, saya akan share kemudian. Kerana entri ini sekadar gambar masakan sebagai panduan kita suai padan dengan bahan yang kita ada. Mana sesuai dan anda suka, boleh je ikut menu yang dicadangkan seperti dalam gambar.

Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap


Jom layan gambar je...

Semua gambar dari sumber fb bunga_lavenders. Diharap dapatlah kita cari idea nak masak lauk pauk untuk keluarga tersayang.

18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap

18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap



Ya Allah, sedap-sedap lauk pauk kampung yang dimasak. Tengok gambar bawah.. kombinasi ikan goreng, lemak kuning pisang, tumis bayam, terung bakar, sambal udang petai dan sambal belacan.. memang "heaven" kan??







Lagi satu kombinasi lauk pauk kampung yang enak, cantik di pandang dan pasti sedap di tekak.. hehe, gambar atas menu nampak simple tetapi sayur nangka masak lemak memang legend. Ada urap dan ikan goreng. Hmm... sambal belacan jangan dilupa. Ni orang lalu kiri kanan memang tak perasan la..



Mari kita tengok gambar seterusnya. Lagi legend lauk lauk ni. Wow! Kombinasi yang membuka selera, dengan sambal belacan dan sayur lemak bayam. Pun dah sedap. Kemudian ditambah dengan paceri nenas dan ikan goreng. Tak tau berapa pinggan bertambah nanti.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š






Lagi satu menu kampung yang membuka selera. Ikan goreng dah semestinya bagi anak-anak yang tak makan pedas. Ada udang sambal petai, ketam lemak cili api dan telur masin. Ulaman dan betik jadi juadah sampingan yang menambah selera.


Semoga paparan menu lauk pauk kampung yang dikongsikan dapat memberikan idea, panduan dan kelainan dalam masakan yang dihidang untuk keluarga. Kalau dari menu-menu di atas, pasti anda perasan bahawa tiada masakan berasaskan ayam dan daging. Sebab apa ya? Haha.. telur pun tak ada.. mungkin si tukang masak gemarkan seafood dan ikan berbanding masakan berdaging.

Semoga bermanfaat.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.